Thursday, September 27, 2012

Wanita - KRU

Tima kasih yea tuk KRU sebab buat lagu yang best nie..
Ahaaa....akulah wanita yang cepat tersentuh dengan lirik lagu..
Siyes lirik dia aku suka.
So kalau aku dah suka mesti la aku share kan..

Lirik Wanita - KRU

Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu
Demi insan yang disanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah
Setia didalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus

Itulah dia seperti dia menyelimutmu
Itulah saja balasan diminta
Seorang Wanita

Wednesday, September 26, 2012

Aku gila kuasa. YA

Dulu..
Masa sekolah semua jawatan aku pegang
Aku la ketua kelas
Aku la pembahas sekolah
Aku la pengerusi kelab
Aku la naib pengerusi persatuan
Aku la ahli jawatankuasa kelab
sume aku sume aku.

Pernah jugak....
aku la operator
aku la line leader
aku la stor keeper
sume aku sume aku

Sebelum nie....
Aku la receptionist
Aku la Admin
Aku la accountant
sume aku sume aku

Sekarang.....
Aku la pegawai khidmat pelanggan
Aku la jaga kaunter
Aku la protokol
Aku la koir
Aku la PA
sume aku sume aku.

Dah macam orang gila kuasa pulak aku rasa aku nie. Tapi seriously aku tak penah mintak untuk semua nie KECUALI pegawai khidmat pelanggan tu.. memang aku apply kat JobMalaysia. yang lain sume dilantik diarahkan disuruh dipaksa.

Memang...aku ada pilihan untuk tolak..tapi kenapa aku tak tolak? Sebab pada aku tu sume tanggungjawab.. Orang dah percayakan aku so aku kena la buktikan yang aku ni manusia yang bertanggungjawab kan.. Dan setakat nie takde la yang terabai lagi kot..Alhamdulillah..

Nyatanya dari zaman sekolah aku nie manusia yang aktif berpesatuan kot.. Sekolah aku malas pegi tapi kalau petang ada koko aku sanggup datang petang. TAPI jangan suruh aku bersukan. Aku tak kan bersukan. Sorry.

Ok lah tu jer nak cite...tapi kan..tapi kan... rasanya tahun depan nak lepas dah koir ngan protokol tu.. dah tua sangat rasa. Tak sesuwaiii....

p/s: Rasanya dalam pilihanraya akan datang nie aku nak bertanding la. Calon bebas. Hakhakhakhakhak. Manifesto aku??? ntah nanti aku fikir.wahahahahaa............

Tuesday, September 11, 2012

Muara Hati - Hafiz dan Dato' Siti Nurhaliza

Walau aku tak layan cite Adam Dan Hawa..
Walau aku tak penah baca novel Adam Dan Hawa....
Walau aku tak minat sangat Aaron sebab aku lagi minat Adi Putra..
Walau aku suka Nissa dalam citer cun...
Walau walau dan walau...

Atas pengaruh kuasa radio..
Ya..
Aku dah jatuh cinta dengan lagu nie..
Present...............

Muara Hati - Hafiz dan Siti Nurhaliza

Lirik Muara Hati Hafiz & Siti Nurhaliza
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati dan tetap setia
Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali… padamu
Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku berhujung padamu
Kemanapun kan pasti kembali o..
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali…
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu…
Biarkan aku merasuk dalam hati cinta..
p/s... Suara Black tetap menjadi pujaanku...sorry Hafiz...

Thursday, September 6, 2012

Hari Khamis - Hari Batik

Yup..
Hari Khamis adalah hari pakai Batik.
Kat opis aku Batik wajib pakai hari Khamis.
Dah la wajib pakai, wajib ori pulak tu..
Uhuk..uhuk...
Taw la kan bati bukan murah..
Mahai...
Lagi2 sutera... tak mampu aku..
Hanya mampu ku melihat...lalalala

Aku ingat lagi masa awal-awal aku keje sini...
Ada sekali tu aku datang pakai batik murah yang biasa tu..
Kena sound ok...
Nak nangis rasa...
dah la baru masuk keje, pastu tak de duit, pastu kena pakai batik...

Pastu diaorang bagi cadangan kalau tak de batik dan tak mampu beli, pakai je baju kosong ngan batik sarung tu..
tapi hantar kedai la jahit cecantik kan...
jangan la gulung macam nak tumbuk sambal belacan kat umah lak..
So masa memula tu banyak la koleksi baju kosong tu..
Lantak la janji aku tak kena marah..
Bukan batik je pasai songket pun aku penah kena..
Aku pakai songket india yang murah 45 inggit tu..
Pun kena sound.... sampai hari nie aku dah tak pakai kain tu...

Memula tu aku hangin gak..
Main paksa-paksa lak kan..
hahaha.. tapi apakan daya..
Disebabkan aku kerja tempat yang memperjuangkan warisan batik songket dan produk2 kraf nie, so ketulenan adalah sangat penting...
So aku redho..
Bila dah keje lama sikit dok nengok demo orang buat batik tu, mencanting la, mati warna bla..bla..bla...
sungguh rumit proses dia buat aku faham kenapa batik sangat mahal.
Tapi kalau beli batik worth la.. pandai jaga lama la dia tahan..

So bila lelama dah keje ada la baju batik aku..
walaupun tak banyak..
boleh la aku buat rotate tiap kali khamis kan...
tanda aku hargai tanda aku sokong..huhuu
Tapi aku tak reti sangat pakai batik sutera tu.. rasa kelasss sangat..
So kebanyakan batik aku cotton..weeeeeeee.... suka...
Baru perasan muda skit...
Dan yang pasti sebab harga dia murah...lalalala...

So cerita hari nie..
Cerita Hari Khamis Hari Wajib pakai Batik.
Meh nengok antara batik2 yang aku ngan kengkawan pakai..















Kesimpulannya.. batik bukan tuk orang tua - tua je.. dah moden ok..

Tuesday, September 4, 2012

(=

Ok..mood ada sedikit baik..
So berubah sikit wajah blog aku nie..
So sila jangan fenin..

CERITA RAYA 2012

Cerita raya aku tak buat lagi..
Tak tahu mana nak mula..
Cerita Puasa??
Apatah lagi..
Setan sangat berjaya menguasai aku.
Ya! Virus Malas yang dia bawa sangat mudah melekat dengan aku.
Ok tanak citer pasal setan.
 Nak citer pasal raya.
Ready?? Panjang entry nie.*Tak kuasa aku buat Part 1 Part 2 sume*
Kalau tak ready jangan baca. Kang korang muntah.

RAYA.
Dua hari sebelum raya dah balik kampung mr Hubby..
Actually tahun nie turn kampung aku, tapi atas dasar prihatin aku amik keputusan tuk beraya pertama kat umah MIL...
Petang raya tu biras aku bakar lemang ngan mr Hubby  
*Tapi mr Hubby banyak main!main helikopter* owh my baby boooo 
Lagipun mr Hubby tak sehat.. Demam teruk sampai takder suara..hakhakhak... suka aku ketawakan laki sendiri. Tak guna punya bini.

Dan petang raya tu MIL aku berperang di dapur..hiyarkkk...hiyarkkk..
Nasib la dapat menantu hantu macam aku, masak-memasak aku tolak dulu...hahahaha...
So dia master chef ok. Aku tolong la jugak.. tengok2kan masakan dia...potong2kan bawang dia..hehehe..
Settle semua masakan tuk pagi raya MIL aku masak:

          1) Rendang Kerang
          2) Rendang Daging
          3) Ayam masak palembang *ok aku tak tau ni masak apa-So jangan tanya*
          4) Lontong
          5) Sambal udang
          6) Nasi Tomato
          7) Nasi himpit

DAN seminggu sebelum raya dia berjaya siapkan  21 jenis kuih raya berserta rempeyek, kerepek keladi dan kuih loyang....
MIL aku masak sorang ok. SORANG..hahaahha.. hebat sungguh MIL aku kan..Dats why i love her!!hahahha...

PAGI RAYA.
Get ready sumer atas meja.. Tunggu FIL, mr Hubby ngan biras balik semayang raya, wat edisi sedey2 tacing2.. pastu gegas pegi umah mak usu mr Hubby sebab ada kenduri arwah..Pegi sana aku bantai makan udang galah yang badan aku anti tu.. Apa lagi tak sampai setengah jam.. merah2 badan..hahaha.. aku tak peduli kan Hari Raya!aku nak makan gak. pastu jalan depan sikit aku tak taw umah sape..tak sampai sejam pun berjalan FIL aku yang balik awal dah panggil cakap ada orang datang umah,

Ok. Journey begins! start dal lebih kurang kul 11 tu aku membasuh pinggan mangkuk sampai kecut tangan aku membasuh pinggan mangkuk orang datang tak henti2... Tapi tak pe sebagai menantu hantu yang cuba menebus kesalahan menutup kekurangan aku tabahkan hati. Yeahh!! aku berjaya harungi sampai kul 12 tengah malam! Hebat kan..

Yea umah MIL nie macam umah mak aku gak.. Pattern kami tak kuar kemana memang rumah yang kena serbu. Same goes to my mak house. Kami dok ngan opah so memang dari umah lama buruk yang nak runtuh lobang sana-sini tu sampai la ke tahap umah dah ok sikit sekarang, memang umah tu jadi tumpuan. So aku tak la culture shock sangat.. Bezanya kalau umah mak aku sekali datang 3,4 biji keta, tapi umah MIL sekali datang 5,6 biji keta. Manusia yang memenuhi ruangan rumah adalah padat setiap masa.
Peluh yang menitik adalah tidak terkira... Tak pe aku bangga.. Memberi rezeki adalah amalan yang sangat mulia. Yeay...

RAYA KE DUA

Sepanjang hari adalah perjalanan balik to my lovely Kampung Selinsing. Hujan adalah sangat lebat. Perjalanan adalah sangat lama. Gerak 330pm sampai umah 11pm. Ok sangat BEST!

RAYA KE TIGA SAMPAILAH RAYA KE LAPAN

Masih di Kampung Selinsing. Pegi mandi manda ngan adik2, makan kenduri my bff, my cousin, pegi open house kat kg. Jumaat malam sabtu aku tak tau apa jadi, aku cirit birit dari 10 malam sampai pagi! Ok aku menangis sebab bontot sakit! *Sumpah tak tipu*

Kesudahannya balik PJ hari Ahad.. isnin selasa MC. Sebab demam! Sungguh aku demam. Kena selesema lak tu, Benci. Dah sampai umah PJ sambil cuti2 sambil rehat2 kat umah aku telah mendapati:

1)TAHUN NIE AKU TAK MAKAN KETUPAT!!!!!!
   *raya apakah ini???*
2) DAH ADA CAMMY TAPI TAK GUNA MASA HARI RAYA!!!
   *natijahnya tak der sekeping pun gambar berhari raya*

Yang ada gambar hari hari lepas raya pertama je. Jom tengok sikit. Nak tengok banyak tengok kat fesbuk aku.

Rayyan *kesayangan mummy*
Puas!! Dah lama tak berendam (=
My Baby bOO
Budak-budak zaman sekarang!!Kecik2 dah pose kan!
Nikah Mizzerzil
Yes! I'm Mudzaffarians!
Reception Mizzerzil
Sumer kawan dari zaman hingus!
Huhuhuu...balik makan kenduri jadi jakun jap dok amik gambar
Kan da cakap bakar lemang (=
Berberapa kerat gambar yang semat amik sebelum Cammy kena peram!
My master chef
Sempat celebrate bufday i ok..
Pasangan Gatai
Gatai lagi
Ingat-ingat!!
Daddy sayang Rayyan!
Ok tu jer nak cite.

Selamat Hari Raya korang!!Maaf zahir dari aku yea...*Batin tak der ok*

Pesan aku


Jangan ganggu aku bila aku "tidur"....ERTINYA..

     Jangan kisah hal aku bilamana aku tak kisah hal kamu...
     Jangan sebut nama aku bila tidak faedah untuk itu..
     Jangan bercerita hal aku bilamana aku tak kuasa nak cerita hal kamu...
     Jangan berkawan dengan aku jika aku tidak berminat untuk berkawan 
     dengan kamu...
     Jangan senyum lihat aku jika aku sukar sekali membalas senyum kamu ....

Maaf aku bukan hipokrit..
Malah bukan sombong.
Cumanya aku adalah aku..
Aku bukanlah sewenang2nya mudah mesra..
Aku lebih suka untuk memerhati sebelum mengenali.

Jikanya sebelum lebih mengenali sudah ada bau busuk kamu itu,
PASTI aku jauhkan diri. PASTI.
Tolong. Ingat pesan aku.

Sekian terima kasih.