Thursday, June 30, 2011

Coretan buatmu adik pat..

15 hari diri ini mengumpul kekuatan untuk meluahkan tentang rasa sedih ini..rasa sedih tentang sebuah kehilangan..tentang kehilangan seorang insan seorang kawan seorang adik yang bernama Mohamad Idzhar Arif. Saat diri ini menerima khabar tentang kecelakaan yang menimpa adik diri ini terlalu marah. Marah kerana kedegilan yang tak pernah berkesudahan. Marah itu mula bertukar gusar bila dikhabarkan adik kritikal..ditempatkan di ICU..Airmata mula laju mengalir sambil mulut tidak henti memanjatkan doa untuk keselamatan adik. Tiada lagi rasa marah ketika itu.
Rebah. Itu yang terjadi saat mak menelefon memberitahu jantung adik berhenti seketika.. Tapi semangat ini kembali bilamana mak juga memberitahu nadi adik kembali berdenyut untuk seketika. Masa berlalu sungguh pantas ketika itu sambil terus memanjatkan doa pada yang maha Esa untuk selamatkan adik. Telefon kembali berdering kali ini bukan mak..tapi tertera “Bek”..Sepupuku.. “Ah..sabaq banyak-banyak..istighifar banyak-banyak..ni aku nak bagitau adik pat dah tak dak”…dan diri ini ketika itu...”Jan…adik aku jan..dia adik aku..dia adik aku jan..” itu sahaja yang mampu diucapkan ketika itu.. Ya Allah beratnya ujian yang kau beri padaku kali ini.
Diri ini kehilangan seorang adik. Seorang adik yang pernah diri ini jaga ketika kecilnya..Seorang adik yang dulunya diri ini yang menyambut jatuhnya tali pusat dia..Seorang adik yang pernah diri ini carry di belakang basikal ketika ronda-ronda.. Seorang yang yang selalu menceritakan tentang cita-citanya ingin menjadi seorang ustaz..seorang adik yang baru mula nak mengenal erti remaja..seorang adik yang diri ini panggil pat..
Bagaikan suatu mimpi bilamana seminggu sebelum itu diri ini pulang ke kampong dan bermanja dengan adik.. diri ini sempat bergurau mesra dengan adik…diri ini sempat makan semeja dengan adik..diri ini sempat diusik adik dan diri ini sempat mencium pipi adik sewaktu adik masih bernyawa sebelum balik. Tidak percaya tapi itulah hakikat..sepanjang perjalanan pulang ke kampong diri ini berzikir dan sepanjang perjalanan itu diri ini membayangkan wajah-wajah riang ketawa sedih marah dan menangis adik. Ya Allah mimpikah ini?
Saat jenazah adik tiba diri ini yakin yang diri ini kuat. Mampu terima kenyataan ini namun diri ini tewas tatkala melihat sekujur tubuh yang kaku di atas tilam itu. Bercucuran airmata jatuh saat itu sambil diri ini mengumpul dan memeluk 4 lagi adik-adik yang tinggal. Ya..adik-adik diri ini kini hanya ada 4…4 yang masih bernyawa. Adik yang pergi tetap adik kakak. Adik kakak yang ke 5.Diri ini tewas seperti ingin rebah sekali lagi namun memikirkan diri ini harus kuat di depan adik-adik yang lain diri ini melarikan diri untuk menyedarkan diri bahawa ini suatu kenyataan yang harus di terima bukan di tangisi.
Dengan sejuta kekuatan yang dikumpulkan diri ini tabahkan hati duduk di depan adik dan mencium dahi adik.. mencium seperti tidak mahu melepaskan adik pergi. Dan orang ramai yang datang mula sedekahkan surah Yassin untuk adik juga kami sekeluarga. Diri ini dan Lily terus terus dan terus membaca surah itu buat adik kerana opah mak abah abang dan ayi sibuk dengan urusan untuk mengebumikan adik. Setiap kali perasaan ini menafikan bahawa ini kenyataan diri ini akan membuka tudung yang melitupi muka adik untuk mencium adik. Ya hari itu hampir 30 kali diri ini mencium dahi adik mencium pipi adik.. Sungguh diri ini masih sukar untuk menerima ketentuan ini. Adik akan pergi..Pergi untuk selama-lamanya..
Tiada lagi ampat gomok lepas nie..Tiada lagi adik yang akan memanggil diri ini kak ah gemok pas nie. Tiada lagi adik yang akan mengusik adik kimi hingga dia meraung-raung menangis. Tiada lagi senyuman manis yang akan dapat diri ini lihat dari adik. Tiada lagi adik yang selalu menggaru belakang kepala. Tiada lagi adik yang suka melawan kakak gomok ini. Ya Allah diri ini kehilangan seorang adik. Tabahkahlah hati ini Ya Tuhanku…Sesungguhnya ini adalah ujian terhebat yang Kau berikan padaku..
Alhamdulillah wajah adik sangat tenang.. Sangat lega diri ini melihatnya.. seolahnya adik sangat bersedia untuk ke sana. Ya adik pergi juga di hari mulia pada malam Jumaat 14 Rejab.. Alhamdulillah.. Saat adik di angkat untuk di mandikan sekali lagi airmata ini gugur.. Gugur kerana melihat tubuh itu yang kaku.. ya adik telah tiada.. Setelah di kafan diri ini di panggil untuk mencium adik kali terakhir.. “Adik..kak Ah ampunkan adik dunia dan akhirat..akak halalkan makan minum adik dari akak selama nie.. Assalamualaikum sayang..” hanya itu yang mampu diri ucapkan selepas mencium pipi dan dahi adik.. Sungguh kali ini diri ini berat melepaskan ciuman di pipi dan di dahi adik.. Ya Allah kau bantulah aku menghadapi semua ini.
Saat menuju ke kubur diri ini sudah mula merasakan yang adik dah terlalu jauh dari diri ini.. Adik…. Dan saat adik di kebumikan diri ini pasrah dan redha menerima ketentuan ini.. Adik kembali bertemu pencipta adik. Walau diri ini belum bersedia untuk kehilangan adik tapi kenyataan ini harus diterima. Airmata sekali lagi gugur saat talkin di baca.. syahdu sayu… Adik damailah kau disana.. Semoga adik pat ditempatkan bersama kekasih Allah. Al-Fatihah buatmu sayang…



No comments:

Post a Comment