Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Wanita

08032011 <3 Selamat Hari Wanita Sedunia untuk semua wanita - wanita hebat di dalam dunia ini.. Kita seharusnya berbangga jadi wanita ok... tak der wanita tak der keturunan yang akan berkembang kann..kan... owg laki mana leh mengandung kan..kan... diaorang boleh mengandungkan wanita jer...bknnya mengandung baby...heheheh Nak citer skit pasal WAnita yang saya kagumi kat m,sia nie which is gabenor bank negara kita laaa..Jom kita belek sikit pasal beliau ok...

adore her so much!!!
Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz (Lahir 27 Ogos 1947) dilahirkan sebagai anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia dan terpilih sebagai Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia pada September 2010 sekaligus melayakkan beliau dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia.
Anak jati negeri Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958. Seterusnya pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.
Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998 - 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004.

See...... heyyyyyybbbbaaaatttt kan..... dialah wanita!!

*** Mak saya adalah wanita terhebat dalam hidup saya!!! i love u mak... ASMAH MAT KASSIM

1 comment:

  1. luv u too mak..... mak kawan2 saya adalah mak aku jugak!!!

    ReplyDelete