Senarai kesyukuran… emm korang sumer penah buat senarai kesyukuran tak?? Hari nie saya nak kongsi senarai kesyukuran saya ngan korang sumer…Cara- cara nak buat senarai kesyukuran korang, koramg mesti fikir apa yang korang dah ada, ucap terima kasih dan rasai kesannya selepas tu tulis apa yang korang fikirkan. Bila dah siap satu ayat, untuk ayat seterusnya fikirkan dulu untuk beberapa saat, rasai feel berterima kasih, pastu tulis. Tujuan menulis adalah untuk membuat korang meresap rasa bersyukur selama mungkin. Fikir semua apa yang korang dah ada sekarang ni. Ucapkan terima kasih pada Allah kerana dapat memiliki benda tu. Tuliskan “syukur alhamdulillah kerana…” , “saya bersyukur kerana….” ataupun “terima kasih pada Allah kerana…”. Untuk membangkitkan feeling bersyukur, ucapkan “alhamdulillah, alhamdulillah..” atau “Thank you Allah..Thank you, thank you!”. Lafazkan secara spontan berkali-kali, rasai kegembiraan yang akan hadir secara automatik selepas itu. Hati korang akan rasa tenang. Dari situlah korang bersemangat untuk menulis Senarai Kesyukuran korang hingga siap.
Ok…so jom kita tengok tahap kesyukuran yang mampu saya fikir buat ketika ini..ahakss..
1. Saya bersyukur sebab saya masih bernafas pada hari ini dan boleh mengupdate belog saya ini;
2. Saya bersyukur kerana walaupun saya dah gomoks Mr Hubby tetap kata saya santhek di mata Mr Hubby.. (Tak kisahlah kalau Mr Hubby hanya sekadar amik hati pun..hihihihihihi);
3. Saya bersyukur sebab pada hari ini saya ada kesedaran untuk meluahkan rasa syukur saya dan berkongsi dengan korang sumer;
4. Saya bersyukur sebab saya punyai banyak bahu dan telinga untuk saya tumpang bila saya dalam kesedihan..;
5. Saya bersyukur sebab lelaki yang sangat rapat di sekeliling saya tidak merokok ( tapi…kawan2 lelaki yang rapat sumer smoking..haish…);
6. Saya bersyukur kerana ada kawan-kawan yang sangat risaukan tentang masalah berat badan saya..(Walaupun saya tahu sebenarnya mereka lebih risaukan masalah berat badan meraka..hahahah);
7. Saya bersyukur kerana saya ada belog ini untuk berkongsi cerita dengan semua orang;
8. Saya bersyukur walaupun bos pendek saya tidak pernah pedulikan saya, saya pun tak pedulikan dia jugak..;
9. Saya bersyukur kerana saya bukan seorang yang suka marah orang apatah lagi membenci orang;
10. Saya bersyukur kerana tahap kesabaran saya sekarang semakin baik berbanding zaman saya sekolah dahulu..;
11. Saya bersyukur sebab saya dan reti memasak sejak saya berkahwin dengan Mr Hubby..( sebelum kahwin apa pun tak tau);
12. Saya bersyukur kerana saya dilahirkan sebagai seorang perempuan dan Mr Hubby seorang lelaki..;
13. Saya bersyukur Mr Hubby tak pernah complain pasal masakan saya..;
14. Saya bersyukur kerana walaupun sudah hamper 7 bulan saya berkahwin saya masih redha menerima saya belum mengandung.. (But I wish I could have my own baby asap….);
15. Saya bersyukur kerana keluarga saya tidak lagi susah seperti dahulu..;
16. Saya bersyukur sebab dari zaman sekolah sampailah sekarang saya di kelilingi oleh kawan-kawan yang sangat gila-gila..;
17. Saya bersyukur kerana hari ini saya adalah seorang anak, isteri, cuc, kakak, menantu, biras, adik ipar dan kakak ipar…( banyaknya title yang saya pegang..);
18. Saya bersyukur kerana saya dah jarang di serng gastrick..;
19. Saya bersyukur kerana faham yang Mr Hubby adalah pemain PC game yang tegar..;
20. Saya bersyukur kerana saya bukanlah seorang yang social tak juga anti social…(saya sangat flexible) ;
21. Saya bersyukur sebab saya dah pandai naik KTM, LRT dan bas…yeaaaaaa…….;
22. Saya bersyukur kerana saya ada fesbuk dan boleh berhubung dengan kawan-kawan yang dah lama saya terputus hubungan;
23. Saya bersyukur kerana saya pernah berkerja sebagai cabin cleaner ( sebab saya jumpa dan bercinta dengan Mr Hubby di sana….);
24. Saya bersyukur kerana pernah berkerja di pejabat guaman dan tahu mengenai hal pindahmilik tanah..;
25. Saya bersyukur sebab saya kini adalah penjawat awam;
26. Saya bersyukur sebab saya bukan LESBIAN!!;
27. Saya bersyukur sebab Mr Hubby sangat sayangkan saya;
28. Saya bersyukur sebab saya dan menimba pengalaman yang sangat banyak dalam hidup…;
29. Saya bersyukur sebab saya sangat kuat ketawa..;
30. Saya bersyukur kerana mak dan abah sangat mempercayai saya dalam membuat keputusan walaupun tanpa perlu penglibatan diaorang…;
31. Saya bersyukur kerana di temukan dengan geng port ceria (geng sekolah) dan margarita FC ( geng sekarang) yang sangat memenuhi citarasa saya…hahahaahah;
32. Saya bersyukur kerana saya anak Malaysia!!;
33. Saya bersyukur kerana saya boleh pakai make up sesuka hati saya tanpa di cemuh..(hahahaha sebab saya perempuan kan…cuba saya lelaki??);
34. Saya bersyukur kerana poket saya tak pernah kosong…….
Emmmm…korang pulak camner? Da buat senarai kesyukuran ker..