Friday, October 19, 2012

HEBAHAN: Pertandingan Fotografi

Hebahan! Hebahan! Hebahan!

ok memandangkan aku nak bercuti masa promosi nanti, bos tak kasi chance tuk aku dok lepak kangkang kangkang kaki. dia kata mesti buat sebelum cuti, sampai ati ko bos buat i cenggini. dah la dalam mud nak cuti. manada mood nak buat keje kan. hahahaha. ok alasan bodoh. tak diterima.

makanya buatla aku.. bukan susah pun, saja mengada kuda nak menjawab malas buat keje kan.. edit2 borang lama sikit, buat hebahan sikit, buat surat sikit, tu pon teamwork. bukan sensorang. tak mati pun kan. so dah siap segalanya makanya aku perlu jugak bertanggungjawab keatasnya. Ok maklumatnya macam nie,
 
Kraftangan Malaysia akan menganjurkan satu pertandingan fotografi bersempena Promosi Kraf Inspirasi Alam. Pertandingan yang bertemakan "Seni Kreatif Inspirasi Alam" ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia KECUALI anggota kerja Kraftangan Malaysia. Pertandingan akan diadakan pada 04 November 2012 (Ahad) jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.Sila layari http://www.kraftangan.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Eh! hadiah lumayan ok. menang dapat RM 1,000, tempat ke dua RM 700 ketiga RM 500, saguhati 3 orang dapat RM 100. apa lagi jom la masuk ramai2. gambar apa nak amik? amik gambar bangunan atau lanskap yang ada kat kraftangan nie... banyak aihh...jangan risau...tak terlarat kang korang nak amik gambar.

ok. tu je nak hebah.

4 comments:

  1. uncle ambik gambar pakai henfon je....

    (malu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala..uncle malu apanya..gambar2 farah dlm blog nie pun mostly pki henpon..hahahah..

      Delete
  2. wak pon X pandai amek tangkap2 gambar jugakk.. uuuHhhu

    ReplyDelete