Saturday, April 14, 2012

Rancangan realiti VERSUS

Versus?
macam pelik jer bila di eja penuh kan..
selalu kita nengok short2 jer kan.. 
ali VS abu..
minah VS siti
hhhhaaaa.. kelas kau jah!

Eh aku nak citer pasal versus nie sebenarnya.. apabenda rancangan versus nie.. Memeula aku pun tak amik port sangat la.. cumanya minggu lepas aku ada la nengok citer Galaksi yag ada kak kiah propa tu.. diaorang terjah Loque.. ala yang kekanda adinda ngan atilia tu.... katanya ada orang tak puas ati dia jadi juri... tapi aku tanak citer pasal tu aku nak citer pasal versus nie la....

Al kisahnya semalam takder citer menarik.. yela aku nie bukan pelanggan astro!(Hahahahaha ketinggalannya aku!) takpe.. so pilihan cerita yang aku nak tengok terbatas.. so semalam takder citer yang menarik ku pun bukak la 8TV. sebab jarang rancangan gat 8TV nie menghampakan aku. So masa bukak tu nengok black ngah nyanyi ngan MUH lagu Pada Syurga Di wajahmu tapi dah di olah balik muzik dia.. kasi fresh.. Sumpah best.. so aku layan jap.. nenegok eh makin best lak sampai mr Hubby pun nak layan.. Untuk pengetahuan korang mr Hubby aku memang sangat tak suka rancangan2 cenggini tapi Versus ni boleh buat dia turun tinggal internet tuk join.. so heyybatt laa....

Yang aku paham ikut pemahaman aku la kan.. semalam ada 5 band sumer.. ada black ngan MUH, ada Sofarz, ada Aizat ngan Go Gerilla, ada Sixth Sense and lastly Hujan.. haaaa... diaorang nie kena nyanyi lagu lama tapi kena bagi nafas baru.. contohnya semalam sofarz nyanyi agu Tanya sama itu hud-hud.. tapi kurang kreatifnya jadi sama ngan lagu lama.. aizat ngan go gerilla nyanyi lagu biso bonar.. aku dengar sama je tapi juri cakap heyybaatt.. ntah aku tak paham. Sixth sense bawak lagu Kau lupa janji.. pun hebatttt.. pastu hujan lagu Lamunan Terhenti dan muzik diaorang memang power koWt!!!

So pepagi nie aku google la pasal Vervus.. tak banyak lagi orang taw kot.. xpe la macam biasa kalau aku suka aku akan review.. dan aku ada copy sikit pasal detal nie.. so jom cekidaut dan tima kasih TUAN RUMAH (=
Pengacaranya si hemsom Aidid dan si manis hunny maduu
PROGRAM REALITI VERSUS


Dalam Versus, Black Parallax ialah kumpulan gabungan antara Black dan Meet Uncle Hussain, manakala Go Gerila pula ditunjangi Aizat Amdan bersama rakan-rakannya. Ditubuhkan khas untuk Versus, mereka bersama kumpulan Hujan, 6ixth Sense dan Sofazr akan berentap menonjolkan bakat menerusi gubahan lagu.

Versus berbeza dengan rancangan realiti sedia ada, sistem penilaian untuk program yang mula ke udara mulai 13 April ini adalah melalui dua landasan, iaitu sistem undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pemarkahan juri profesional, yang terdiri daripada Jennifer Thompson selaku ketua juri, Loque daripada kumpulan Monoloque (juri tetap) dan seorang juri jemputan mingguan.

Hunny Madu dan Aidid Marcello pula bertindak sebagai pengacara. Rancangan berbentuk realiti ini diterajui Penerbit Eksekutif, Sunil Kumar dan Alet Arzuan Anuar, manakala Kiedd Fariz Aziz dan Ahmad Khairi Zulkifli pula selaku penerbit program.

* Bakal bersiaran selama dua bulan, setiap episod konsert mingguan akan menyaksikan persaingan bagi merebut gelaran juara dan memenangi hadiah utama bernilai RM200,000.

* Tempoh undian bermula pada Jumaat, jam 10.30 malam, selepas berakhirnya konsert mingguan, hingga Jumaat minggu berikutnya pada jam 12 tengah hari. Carta undian akan diumumkan di portal rasmi TV9.

* Versus boleh ditonton secara langsung di TV9 dan didengar menerusi Hot FM mulai 13 April, jam 9.30 malam.


3 comments:

  1. memang best, lagi best dari Mania

    ReplyDelete
  2. noridah: best an..semalam ptg ada siaran ulangan kt tv3 pun nengok ag..

    ReplyDelete
  3. Go Gerilla sgt mantopppp okehhhh.!!! huhu~ anyway, jemput join 1st GA sy yee...http://zack-monavie.blogspot.com/2012/04/pelancaran-1st-giveaway-zack-monavie.html..

    ReplyDelete